WONG Kah Woh (tiga kiri) merasmikan logo Malaysia International Muay Championship (MIMAC) di Taiping Mall. Turut sama Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak, Mohd Ezry Azamin (empat kiri). FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
WONG Kah Woh (tiga kiri) merasmikan logo Malaysia International Muay Championship (MIMAC) di Taiping Mall. Turut sama Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak, Mohd Ezry Azamin (empat kiri). FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Malaysia bakal mempertaruhkan sebahagian petinju baru dan muda dalam Kejohanan Malaysia International Muay Championship (MIMAC) yang julung kali diadakan di Dataran Warisan,Taiping pada 30 Mei hingga 2 Jun nanti bagi merebut tali pinggang Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Taiping.

Pengarahnya merangkap Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak, Mohd Ezry Azamin berkata, kejohanan peringkat kebangsaan yang diadakan dijangka bakal disertai oleh 12 negara.

Menurutnya sempena Tahun Melawat Perak dan Sambutan ke-150 tahun Bandar Warisan, pihaknya nemilih Taiping sebagai lokasi program dan menyasarkan lebih 20,000 pengunjung akan hadir pada hari kejadian.

"Ini adalah kejohanan terbesar dan dan pertama kali peringkat dunia dari Persatuan Tomoi Negeri Perak.

"Seramai 12 peserta majoritinya muka baru dan berusia 16 hingga 21 tahun menjadi sandaran negara dalam kategori profesional.

"Bagi atlet Malaysia, nama-nama yang dicadangkan masih diperingkat pemilihan dan belum dimuktamatkan lagi," katanya ditemui media selepas Perasmian Logo Program MIMAC di Taiping Mall,disini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Wah.

Menurutnya lagi dalam program yang dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pihaknya turut bercadang untuk membawa petinju ternama dari negara Thailand seperti Road Tang namun perkara itu masih dalam perbincangan badan dunia sukan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2024 @ 9:35 PM