AZREEN Nabila (kanan) mempamerkan pengalaman selaku pelari kebangsaan. FOTO Ihsan Sukan KPT
AZREEN Nabila (kanan) mempamerkan pengalaman selaku pelari kebangsaan. FOTO Ihsan Sukan KPT
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Atlet kebangsaan, Azreen Nabila Alias mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) menang pingat emas acara 100 meter (m) wanita pada Kejohanan Varsity Track & Field 2024 (Siri 2) Stadium Kluang semalam.

Dia yang membuat catatan masa 12.425 saat (s) mengatasi pencabarnya Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mencatat masa 12.429s untuk pingat perak.

Tempat ketiga juga dari UPSI diwakili oleh Fatin Ilyana Mat Nayan dengan catatan masa 12.51s.

Sementara itu, acara 100m lelaki dimenangi oleh Aliff Iman Mohd Fahmi dari UPM dengan catatan masa 10.53s.

Dia mengalahkan ke atas rakan sepasukan, Mohammad Thaqif Mohammad Hisham yang mencatat 10.54s.

Tempat ketiga milik pelari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan catatan masa 10.57s.

Dalam pada itu, kejohanan yang bermula sejak Jumaat lalu melabuhkan tirainya semalam dengan 43 acara dipertandingkan.

Seramai 396 peserta lelaki dan wanita dari 30 universiti awam dan swasta di negara ini berentap memburu pingat pada kejohanan kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 11:03 AM