RAHM juara bertahan Masters.
RAHM juara bertahan Masters.
AFP

Augusta, Amerika Syarikat: Pilihan utama Scottie Scheffler dan juara bertahan Jon Rahm tiba di Augusta National dengan misi mencipta sejarah di Masters ke-88 minggu depan.

Rahm yang berpindah dari PGA Tour ke LIV Golf yang disokong Arab Saudi musim ini berazam menjadi hanya pemenang Jaket Hijau keempat berturut-turut selain Jack Nicklaus, Tiger Woods dan Nick Faldo.

"Ini mungkin misi pertahan gelaran kedua saya," kata Rahm yang turut menjuarai Terbuka Sepanyol pada 2018 dan 2019. "

"Ia seperti mimpi jadi nyata. Tak ramai muncul juara berturut-turut dan ia pencapaian unik jika saya dapat meletakkan nama dalam senarai itu."

Pemain nombor dua dunia Rory McIlroy yang memburu gelaran utama pertamanya sejak Kejohanan PGA 2014 akan mencuba kali ke-10 untuk melengkapkan karier grand slam dengan kejuaraan Masters.

Scheffler juara Masters 2022 tiba dengan reputasi tinggi selepas menjuarai Kejohanan Arnold Palmer bulan lalu dan The Players Championship serta tempat ketiga Terbuka Houston Open.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2024 @ 11:32 AM