KEADAAN hidung Heydari ketika ditumbuk Petchrungruang. FOTO twitter.com/UfcAlien
KEADAAN hidung Heydari ketika ditumbuk Petchrungruang. FOTO twitter.com/UfcAlien
Agensi

London: Jaguh muay thai Shayan Heydari mengalami kecederaan parah di hidung ketika menentang lawannya dari Thailand Por Tor Thor Petchrungruang kelmarin.

Hidung Heydari patah dan beralih dari kedudukan asal selepas menerima tumbukan padu Petchrungruang yang mengejutkan penonton.

Salah seorang penonton di Twitter berkata: "Saya harap tidak dapat menyaksikan lagi kejadian ini. Cukuplah kali ini."

Seorang lagi berkata: "OMG, muay thai lebih ganas daripada MMA," manakala yang keempat menjelasklan: "Mata saya mula mengalir melihat hidungnya beralih."

Seorang lagi menambah: "Dia tidak akan dapat menghidu sesuatu untuk tempoh lama."

Malah pengulas pertarungan turut memberikan komennya: "Dia membuatkan hidung lawannya beralih ke dimensi lain!"

Kedua-dua petarung itu berentap di kejohanan Chuek Pluak Daeng dan hidung Heydari patah ketika pusingan kedua tetapi tumbukan itu tidak merebahkannya.

Petarung dari Iran itu kemudiannya menerima rawatan dari petugas perubatan sebelum Petchrungruang diisytiharkan pemenang menerusi teknikal knockout.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 11:16 AM