DRESSEL berjaya memberikan renangan bertenaga dalama cara 100m kuak kupu-kupu lelaki sebentar tadi. FOTO EPA
DRESSEL berjaya memberikan renangan bertenaga dalama cara 100m kuak kupu-kupu lelaki sebentar tadi. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Perenang sensasi Amerika Syarikat (AS), Caeleb Dressel memecahkan rekod dunia miliknya sendiri untuk meraih emas dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki.

Ia adalah emas ketiga Dressel di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Juara dunia dua kali itu mencatat masa 49.45 saat (s) untuk memadamkan rekod lama miliknya, 49.50s ketika dicatatkan di Kejohanan Dunia 2019.

Perenang Hungary yang juga juara 200m kuak kupu-kupu, Kristof Milak berada di tempat kedua dengan catatan 49.68s iaitu atlet keempat mencatat masa bawah 50s, manakala Noe Ponti dari Switzerland di kedudukan ketiga (50.74s).

Ia adalah rekod baru dunia yang keempat di catatkan di Pusat Akuatik Tokyo dan yang kedua secara individu selepas perenang Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker memecahkan catatan yang sudah lama bertahan dalam 200m kuak dada.

Kuartet wanita Australia sebelum ini mencatat rekod baru dunia dalam acara 4x100m gaya bebas, manakala China pula melakukan perkara sama untuk 4x200m gaya bebas.

Dressel berada di landasan terbaik untuk meraih enam emas, selepas cemerlang dalam acara 100m gaya bebas dan membantu kuartet AS muncul juara 4x100m gaya bebas.

Dia akan turun beraksi dalam acara 4x100m campuran rampaian akhir dan menjadi perenang pilihan untuk acara kegemaran, 50m gaya bebas.

Dia juga dijangka akan mengambil bahagian dalama cara 4x100m rampaian, acara terakhir di kolam renang berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 10:26 AM