WOODS tidak sabar untuk kembali ke lapangan. -FOTO AFP
WOODS tidak sabar untuk kembali ke lapangan. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Tiger Woods akan membuat penampilan pertama Jelajah PGA tahun ini di Genesis Invitational di Riviera Country Club di Los Angeles.

"Teruja untuk menjadi hos minggu depan," tulis Woods di media sosial.

Pemain berusia 48 tahun itu kali terakhir bertanding dalam siri Jelajah PGA di kejohanan Masters pada April tahun lalu dan beraksi di dua kejohanan pada Disember.

Bulan lalu Woods berkata dia akan menamatkan kerjasama yang sudah lama terjalin dengan syarikat pakaian sukan Nike dan kelibatnya di Riviera pasti menarik perhatian ramai yang ingin melihat peralatan dan pakaian yang akan dipakainya.

Selepas beraksi di Kejohanan PNC, Woods berkata dia berasa sihat untuk beraksi dalam beberapa kejohanan kompetitif tahun ini.

"Saya dapat berjalan dan bermain," kata Woods selepas pusingan akhir acara Orlando.

"Saya bekerja keras dan dapat pulih. Berlatih setiap hari, itu bagus.

"Seronok dapat menghilangkan karat dan beberapa keraguan yang bermain di fikiran kerana terus terang saya sudah lama tidak melakukan pukulan yang baik," katanya.

Masters akan diadakan di Augusta National pada 8 April.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Februari 2024 @ 11:11 AM