Woods terpaksa tarik diri kerana kekejangan di belakang badannya.
Woods terpaksa tarik diri kerana kekejangan di belakang badannya.
AFP

Los Angeles: Pemain golf sensasi dunia Tiger Woods terpaksa menarik diri ketika berlangsung pusingan kedua kejohanan Jemputan Genesis disebabkan kesakitan.

Hal ini disahkan US PGA Tour sambil menambah Woods yang beraksi di tempat sendiri di The Riviera Country Club memulakan perlawanan di lubang ketujuh namun terpaksa dibawa keluar untuk rawatan susulan.

Juara 15 kali dalam kejohanan major itu bermain dalam acara Jelajah US PGA pertamanya sejak menarik diri daripada pusingan ketiga di Masters pada April tahun lalu.

Dua minggu kemudian, dia menjalani pembedahan buku lali untuk mengatasi kesakitan yang masih dirasakannya di kaki kanannya akibat kecederaan dalam kemalangan kereta pada tahun 2021. Walaupun Woods mengatakan bahawa kekejangan di bahagian belakang menyumbang kepada kepada kecederaan terbabit.

Situasi terbabit sudah pastinya menjadi halangan buatnya yang kini berusia 48 tahun dan kecederaan itu membolehkannya beraksi hanya untuk sekurang-kurangnya satu kejohanan sebulan.

"Saya berharap begitu, harapan saya dapat bermain lebih kerap. Sejauh mana masalah fizikal, itu hanya sebahagian daripada keadaan fizikal saya," kata Woods.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2024 @ 8:10 AM