TIGER Woods. FOTO AFP
TIGER Woods. FOTO AFP
Reuters

Miami: Tiger Woods tidak lagi berasa sakit pada pergelangan kaki kanannya selepas menjalani pembedahan, tetapi itu tidak bermakna dia bersedia untuk kembali beraksi.

Woods dalam satu temu bual berkata, bahagian lain di kaki kanannya masih memberikan masalah kepadanya selepas berlegar spekulasi bahawa dia akan kembali bermain golf secara kompetitif.

Woods menjalani prosedur pemulihan kecederaan pergelangan kaki kanannya pada April lalu selepas melepasi cut tetapi menarik diri daripada saingan Masters.

"Pergelangan kaki saya baik selepas menjalani rawatan di buku lali. Saya tidak mempunyai masalah sama sekali.

"Kesakitan itu hilang sepenuhnya. Tapi masih merasai sakit di tempat lain," kata Woods, 47, kepada Associated Press.

Dia menghadapi masalah yang sama selepas menjalani pembedahan belakang bagi memperbaiki bahagian vertebra L5 dan S1.

Woods menarik perhatian peminat golf pada hujung minggu lalu apabila dia menjadi kedi untuk anaknya, Charlie di Kejohanan Kebangsaan Golf Remaja Notah Begay III.

Woods dilihat berjalan tanpa terhencut-hencut menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 9:23 AM