WOODS beraksi di Kejohanan PGA di Southern Hills. -FOTO AFP
WOODS beraksi di Kejohanan PGA di Southern Hills. -FOTO AFP
AFP

Tulsa: Tiger Woods bergelut dengan prestasi terburuknya di pusingan ketiga kejohanan utama dalam kariernya apabila membenam sembilan di atas par 79 Kejohanan PGA dan juara 15 kali itu dijangka tidak akan beraksi pada pusingan terakhir .

Di tanya sama ada dia akan beraksi pada pusingan akhir, dia yang merasai kesakitan pada kaki kanannya selepas berjalan terhencut-hencut menjawab, "Saya sakit. Saya tahu ini adalah kenyataan."

"Kami akan melakukan beberapa kerja dan lihat bagaimana keadaannya."

Woods melakukan lima bogey berturut-turut pada kejohanan utama buat kali pertama dalam kariernya dari lubang kesembilan hingga ke-13 dan mencatatkan 12 atas par 222 selepas 54 lubang di Southern Hills yang dilanda hujan.

"Saya tidak melakukan dengan betul," kata Woods. "Saya tidak dapat melakukan banyak pukulan yang bagus. Akibatnya saya dapat mata yang cukup tinggi."

Woods berdepan kecederaan serius pada kaki kanannya selepas terbabit dengan kemalangan kereta pada Februari 2021 berkongsi kedudukan ke-76 dari 79 pemain yang mengambil bahagian.

Woods mencatatkan mata terburuk dalam di aksi 79 lubang Kejohanan PGA dan satu-satunya catatan terburuknya sebelum ini adalah 10 di atas par 81 pada pusingan ketiga Terbuka British pada 2002 dan 10 atas 80 pada pusingan pertama terbuka AS 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 11:11 AM