JUARA Terbuka Amerika Syarikat, Coco Gauff (kiri) dan pemain Belarus, Aryna Sabalenka. Foto AFP
JUARA Terbuka Amerika Syarikat, Coco Gauff (kiri) dan pemain Belarus, Aryna Sabalenka. Foto AFP
AFP

New York: Coco Gauff mencipta sensasi dalam aksi final Terbukan Amerika Syarikat (AS) apabila menjulang gelaran Grand Slam pertamanya diusia 19 tahun.

Meskipun dianggap masih mentah, aksi ampuh Gauff ternyata sukar digugat pemain tenis Belarus, Aryna Sabalenka yang terpaksa akur dengan kekalahan 2-6, 6-3, 6-2 yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe di New York itu.

Menurut pemain remaja AS itu, dia sendiri tidak menyangka mampu melakar kejutan dengan menjuarai saingan itu, malah ia dilakukan di depan penyokong sendiri.

Ujarnya lagi, kemenangan itu sekurang-kurangnya menebus kegagalannya di Terbuka Perancis sebelum ini.

"Ia amat bermakna buat saya. Saya sedikit terkejut ketika ini. Kekalahan di Terbuka Perancis sangat mengecewakan. Ia menjadikan kemenangan ini lebih manis daripada yang mampu saya bayangkan," kata Gauff.

Pemain pilihan keenam dari Florida itu mara ke final sebagai 'underdog' berbanding pilihan kedua, Sabalenka yang akan menjadi pemain nombor satu dunia dalam ranking terbaru minggu depan.

Untuk rekod, Gauff adalah pemain remaja ketiga AS memenangi Terbuka AS selepas Tracy Austin dan Serena Williams.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2023 @ 10:06 AM