ARYNA mempamer kebangkitan luar biasa. FOTO Agensi
ARYNA mempamer kebangkitan luar biasa. FOTO Agensi
AFP

Prague: Aryna Sabalenka mempamer kebangkitan luar biasa menewaskan wakil Sepanyol, Sara Sorribes Tormo untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan WTA Terbuka Ostrava.

Pemain Belarus itu gagal menyinar di set pertama apabila tewas teruk sehingga gagal memperoleh mata dan dilihat tidak mampu menyaingi Sara.

Bagaimanapun dia bangkit untuk mencatatkan kemenangan meyakinkan 0-6, 6-4, 6-0.

Sehari sebelum itu, pemain yang menduduki ranking ke-12 dunia itu turut melakukan kebangkitan apabila pada satu ketika ketinggalan 2-5 di set ketiga sebelum melakar kemenangan ketika bertemu pemain Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff.

"Saya hanya mahu memenangi perlawanan ini.

"Pada awal saingan, saya seperti tiada di dalam gelanggang. Permainan saya amat teruk dan saya tidak tahu kenapa.

"Kemudian saya cuba menenangkan keadaan dan melakukan strategi berbeza.

"Selepas memperoleh mata demi mata, saya tahu bahawa saya berada pada tahap terbaik dan jika meneruskan aksi sama, saya akan memenanginya perlawanan ini. Itulah yang berlaku," katanya.

Pada aksi separuh akhir, Aryna akan bertemu Jennifer Brady yang menewaskan Veronika Kudermetova 6-7 (5/7), 6-3, 6-1.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 2:57 PM