PEMAIN nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, -FOTO AFP
PEMAIN nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, -FOTO AFP
AFP

New York: Novak Djokovic dan Carlos Alcaraz akan memulakan perjuangan menjelang Grand Slam terakhir musim ini di Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang akan membuka tirainya esok dengan pemain remaja Amerika, Coco Gauff akan berusaha memburu kejuaraan utama pertama.

Selepas lebih enam minggu pemain nombor satu dunia, Alcaraz menewaskan Djokovic dalam perlawanan akhir Wimbledon, mereka boleh bertemu semula di Flushing Meadows.

Djokovic dan Alcaraz menyajikan satu pertarungan mengagumkan di Terbuka Cincinnati minggu lalu apabila pemenang 23 kali Grand Slam, Djokovic menewaskan pemain Sepanyol berusia 20 tahun dalam pertarungan empat jam.

Djokovic, 36, kembali ke Terbuka AS selepas keengganannya untuk mengambil vaksin Covid-19 bermakna dia tidak dapat masuk ke AS sebelum ini.

"Setiap mata sangat penting. Setiap mata adalah pertempuran. Anda tidak akan mendapat lima mata percuma dalam keseluruhan perlawanan," kata Djokovic mengenai Alcaraz.

"Anda perlu memperoleh setiap mata, setiap pukulan, tanpa mengira tanpa mengira apapun."

Alcaraz akan menentang pemain Jerman, Dominik Koepfer.

Manakala Djokovic akan merampas semula ranking nombor satu dunia jika menang ke atas pemain Perancis, Alexandre Muller esok tanpa mengira prestasi Alcaraz dalam kejohanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 12:55 PM