BLESSING digantung daripada olahraga selama 11 tahun kerana kesalahan doping ketika Olimpik Tokyo. FOTO BBC
BLESSING digantung daripada olahraga selama 11 tahun kerana kesalahan doping ketika Olimpik Tokyo. FOTO BBC
Agensi

New York: Seorang lelaki Texas berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas mengaku bersalah membekalkan dadah meningkatkan prestasi kepada atlet Olimpik.

Eric Lira, 43, adalah defendan pertama yang didakwa di bawah undang-undang baharu Amerika Syarikat (AS) yang diperkenalkan susulan skandal doping Olimpik yang disokong negara Russia.

Peguam AS, Damian Williams berkata di mahkamah persekutuan bahawa kes itu adalah "detik penting untuk sukan antarabangsa".

Akta Anti-Doping Rodchenkov membolehkan pihak berkuasa AS mendakwa individu yang terbabit dalam "skandal doping bagi tujuan mempengaruhi pertandingan sukan antarabangsa" termasuk mereka yang sebelum ini tidak dikawal oleh undang-undang anti-doping sukan.

Lira didapati membekalkan dadah kepada pelari pecut Nigeria, Blessing Okagbare, yang tahun lalu digantung dari sukan olahraga selama 11 tahun.

Atlet berusia 34 tahun itu disingkirkan daripada Sukan Olimpik Tokyo sejurus sebelum saingan 100m separuh akhir wanita selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang ketika ujian yang diadakan di luar pertandingan di Slovakia sebelum temasya Olimpik 2020 di tunda.

Williams berkata: "Lira membekalkan bahan peningkatan prestasi kepada atlet Olimpik untuk lebih berdaya saing.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2023 @ 12:37 PM