AZIZULHASNI antara atlet harapan negara di Sukan Olimpik Paris.
AZIZULHASNI antara atlet harapan negara di Sukan Olimpik Paris.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sedang berusaha 'mengejar' atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris melengkapkan modul khas temasya sukan terbesar dunia itu seperti terkandung dalam Anti Doping Education and Learning (ADEL).

Selain meminta atlet menjalani kursus doping secara fizikal di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Pengarah ADAMAS Azura Abidin berkata pihaknya juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara untuk melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.

Beliau berkata bukan sahaja atlet, malah jurulatih serta pegawai sokongan sukan terlibat pada Paris 2024 juga digalakkan melengkapkan modul dalam ADEL yang diiktiraf Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Kami menggerakkan usaha dengan memohon bantuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan MSN meminta atlet menjalani modul khas Olimpik ini sejak April lepas.

"Selepas tamat menjalani modul Sukan Olimpik, mereka termasuk atlet terlibat perlu menduduki ujian bagi menguji tahap pemahaman dan perlu lulus dengan 85 markah sebelum diberikan sijil manakala data diperoleh daripada ujian tersebut akan disatukan di peringkat WADA," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2024 @ 6:27 PM