FELIPE Colares. FOTO Agensi
FELIPE Colares. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas bintang UFC, Felipe Colares meninggal dunia pada usia 29 tahun selepas dilanggar sebuah bas.

Petarung MMA dari Brazil itu berdepan insiden berkenaan ketika dia sedang pulang dari menjalani sesi latihan di Rio de Janeiro, semalam.

Menurut laporan Globo, Jabatan Bomba pantas berada di tempat kejadian untuk merawat kecederaan dialami Colares.

Bagaimanapun dia mengalami kecederaan yang serius dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Colares, yang digelar Cabocao, meninggalkan isterinya, Jaqueline dan anak lelaki berusia 10 bulan.

Dia memegang rekod profesional MMA dengan 11 kemenangan dan empat kekalahan. Dia membuat penampilan sulung dalam sukan itu pada 2013 dan memenangi lapan pertarungan pertamanya.

Petarung dari Amerika Selatan itu muncul juara Jungle Fight featherweight pada 2017.

Dia kemudian mula bertarung di bawah pengurusan UFC pada 2019, dan tewas aksi pertama kepada Geraldo de Freitas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 10:40 AM