LIMA menunjukkan kesan gigitan Severino. FOTO AGENSI
LIMA menunjukkan kesan gigitan Severino. FOTO AGENSI
Agensi

Las Vegas: Igor Severino muncul petarung pertama dalam sejarah UFC yang dibatalkan penyertaannya kerana menggigit lawan.

Petarung dari Brazil itu membuat penampilan pertama di oktagon pada aksi awal UFC Vegas 89, hari ini.

Bagaimanapun dia mengejutkan semua yang menyaksikan perlawanan itu di seluruh dunia apabila menggigit lawannya, Andre Liam pada pusingan kedua pertarungan kategori flyweight.

Atlet berusia 20 tahun itu menggigit lengan kiri rakan senegaranya ketika dia cuba mengunci pergerakan lawannya.

Lima segera mengadu kepada pengadil, Chris Tognoni mengenai insiden gigitan itu, yang kemudian mendorong pegawai perlawanan untuk menghentikan perlawanan berkenaan dan menyemak semula menerusi rakaman video.

Lima mengangkat tangannya untuk menunjukkan tanda gigitan yang jelas pada pusingan kedua kedua itu.

Rakaman kejadian itu menjadi tular dan mengejutkan dengan seorang peminat sukan itu berkata: "Dia mengikut jejak langkah Mike Tyson."

Peminat MMA di seluruh dunia segera meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UFC, Dana White untuk membatalkan penyertaan Severino daripada saingan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 7:07 PM