KHABIB berkata Paul pandai bertinju. FOTO Agensi
KHABIB berkata Paul pandai bertinju. FOTO Agensi
Agensi

London: Khabib Nurmagomedov mengakui Jake Paul 'tahu melakukan tumbukan' dan bersedia menawarkan kontrak MMA kepada bintang YouTuber itu.

Petarung Amerika Syarikat itu mempunyai rekod 5-0 dalam acara tinju tetapi mahu bertarung di dalam sangkar, malah pernah mencabar Khabib.

Khabib yang juga legenda UFC bagaimanapun mengalu-alukan Paul menyertai kelab Eagle Fighting Championship miliknya.

"Dalam aksi tinju, dia tahu melakukan tumbukan. Dia tidaklah terlalu teruk apabila bertinju, malah sesiapa sahaja boleh melakukannya.

"Anda boleh bertinju tetapi tidak boleh bergusti. Ia sama sekali amat berbeza. Jika dia mahu, kami sedia memberi peluang kepadanya.

"Kami boleh menandatangani dan membayarnya. Sama-sama kita nantikan," katanya.

Paul, 25, paling terbaru menumbangkan Tyron Woodley, 39, pada perlawanan saat akhir selepas Tommy Fury, 22, menarik diri kerana mengalami kecederaan patah tulang rusuk.

Woodley bersetuju menggantikan tempat Fury empat bulan selepas tewas menerusi kiraan mata sekali gus menyaksikan Paul berjaya menewaskan setiap lawannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Februari 2022 @ 12:55 PM