KHABIB (kiri) bersama Umar. FOTO Agensi
KHABIB (kiri) bersama Umar. FOTO Agensi
Agensi

London: UFC akan dapat melihat jelmaan Khabib Nurmagomedov selepas sepupunya, Umar dijangka akan mengikut jejak langkahnya menjadi juara dunia.

Jurulatih Khabib, Javier Mendez percaya Umar akan memenangi tali pinggang kejuaraan dalam tempoh dua tahun lagi.

Petarung berusia 25 tahun dari Russia itu menewaskan Sergey Morozov pada penampilan pertama di UFC bulan lalu sekali gus mula mengikuti jejak langkah Khabib.

Mendez berkata, Umar mempunyai masa depan yang cukup cerah.

Dia memberitahu MMA Junkie: "Saya pernah menyatakannya sebelum ini.

"Saya jangkakan dia akan memenangi takhta kejuaraan dan saya 100 peratus percaya kita akan dapat saksikan juara baru.

"Dia perlu memperbaiki prestasinya, tetapi dia semakin hampir untuk menumbangkan setiap lawannya.

"Anda akan dapat saksikannya memenangi tali pinggang dalam lima atau enam perlawanan lagi."

Khabib yang sudah mengumumkan persaraan adalah petarung paling unggul di UFC apabila memegang rekod tanpa tewas 29-0.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 11:51 PM