PERTARUNGAN antara Khabib (kiri) dan McGregor pada 2018. FOTO Agensi
PERTARUNGAN antara Khabib (kiri) dan McGregor pada 2018. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Conor McGregor dibidas oleh bekas pengurus Khabib Nurmagomedov selepas mendakwa dia berhak berhak mendapat perlawanan yang menawarkan kejuaraan dunia.

Petarung Ireland berusia 33 tahun itu mahu kembali beraksi selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Dustin Poirier.

Dia tewas pada perlawanan pertama di pusingan kedua Januari lalu sebelum terpaksa mengalah pada hujung pusingan pertama dalam pertemuan kedua Julai lalu kerana patah kaki.

Sebelum itu, McGregor ditewaskan oleh Khabib pada 2018 sebelum kembali menewaskan Donald Cerrone pada 2020, satu-satunya kemenangan yang diraihnya sejak menewaskan Eddie Alvarez pada 2016.

Di sebalik rekod buruk itu, McGregor masih menegaskan dia berhak mendapat perlawanan yang menawarkan gelaran lightweight UFC.

Bagaimanapun bekas pengurus Khabib, Ali Abdelaziz membidas McGregor dengan melihat rekod buruknya sejak tiga tahun lalu.

"Rekod anda 1-3 dalam empat perlawanan terakhir. Sila duduk. Anda satu-satunya petarung paling teruk dalam kelompok 15 terbaik," katanya.

Charles Oliveira adalah juara semasa kategori lightweight dengan Justin Gaethje adalah calon utama untuk bertarung dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 11:35 AM