NATE Diaz tak sabar kembali ke gelanggang pertarungan.
NATE Diaz tak sabar kembali ke gelanggang pertarungan.
Agensi

London: Dana White mendedahkan Nate Diaz akan dapat bertarung apabila tiba masanya ketika rundingan dengan pencabar, Dustin Poirier masih berjalan.

Diaz masih belum kembali ke gelanggang sejak tewas di tangan jaguh welterweight Britain, Leon Edwards di UFC 263 pada Jun lalu.

Petarung dari Amerika Syarikat itu berharap dapat kembali beraksi dalam masa terdekat dengan berkemungkinan menentang Poirier tetapi Presiden UFC, White mengakui kalendar pertarungan sudah mula diisi menyebabkan Diaz perlu menunggu lebih lama untuk kembali ke gelanggang.

White berkata: "Inilah realitinya. Kami ada 750 petarung yang menandatangani kontrak.

"Saya perlu mematuhi peraturan iaitu setiap daripada mereka perlukan tiga pertarungan setahun. Kami telah ditempah sehingga Mei dan Diaz akan mendapat giliran apabila tiba masanya."

Diaz, 36, dan Poirier, 33, sepatutnya bertarung pada 2018 di UFC 230 namun terpaksa dibatalkan dan kedua-duanya baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk bertarung semula.

Tetapi Diaz menyelar UFC dalam media sosialnya dengan mendakwa mereka membekukan pertarungannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 2:30 PM