SKUAD kriket wanita negara akan bertemu Thailand pada 8 Mei ini bagi melakukan perhitungan pusingan kedua. FOTO Ihsan Cambodia 2023
SKUAD kriket wanita negara akan bertemu Thailand pada 8 Mei ini bagi melakukan perhitungan pusingan kedua. FOTO Ihsan Cambodia 2023
BERNAMA

Kuala Lumpur: Skuad kriket wanita negara terus mengorak langkah cemerlang apabila berjaya menumpaskan Myanmar dengan mencatatkan empat wiket dalam aksi pembukaan Kumpulan A saingan 50-overs pada Sukan Sea 2023 di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

Aksi yang berlangsung di A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu menyaksikan Malaysia mencatat 123 larian dan enam wiket dalam 35.3-overs, manakala Myanmar hanya melakukan 122 larian dalam 44.5-overs.

Malaysia seterusnya akan bertemu Thailand pada 8 Mei ini bagi melakukan perhitungan pusingan kedua.

Semalam, skuad kriket wanita negara memulakan kempen acara Ten10 (T10) dengan langkah kanan apabila mengatasi Singapura dengan 38-37 larian dalam peringkat kumpulan.

Sukan Sea 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei dan berakhir 17 Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 9:14 PM