JACOBS tarik diri kerana mengalami kecederaan hamstring. -FOTO AFP
JACOBS tarik diri kerana mengalami kecederaan hamstring. -FOTO AFP
AFP

Eugene, Amerika Syarikat: Juara Olimpik Marcell Jacobs menarik diri daripada beraksi dalam acara 100m separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia kerana mengalami kecederaan paha.

Perkara itu sahkan oleh Persekutuan Olahraga Itali (Fidal) dengan doktor pasukan Itali, Andrea Billi menerusi kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam sebelum Jacobs dijadualkan berlumba.

Andrea berkata, Jacobs mengalami kekejangan di paha kanannya dan berdasarkan ujian yang dilakukan dia berdepan dengan integriti otot berisiko dan membawa kepada kecederaan

Penarikan diri Jacobs' itu menandakan satu lagi kekecewaan dalam musim yang terganggu oleh kecederaan.

Pelari berusia 27 tahun itu melakarkan kejutan di Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu selepas meraih kemenangan dalam acara 100m dengan catatan 9.80 saat.

Semalam dia melayakkan diri ke separuh akhir selepas mencatatkan masa 10.04s dalam saringan pembukaan tetapi kelihatan berlari dengan penuh berhati-hati.

Dia kemudiannya mengakui sedang bergelut.

"Saya tidak berada pada tahap 100 peratus saya," katanya.

"Berlari 10.04s pada separuh kapasiti daripada apa yang saya boleh lakukan, saya boleh katakan bentuk fizikal saya baik. Saya hanya perlu menyediakan kaki saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 11:14 AM