AKSI Katie menyertai acara final 400m gaya bebas wanita.
AKSI Katie menyertai acara final 400m gaya bebas wanita.
Reuters

Budapest: Pemenang pingat perak Olimpik, Katie Ledecky dari Amerika Syarikat (AS) menjuarai acara renang 400 meter gaya bebas wanita pada hari pembukaan kejohanan dunia di Budapest untuk emas ke-16nya di kejohanan itu.

Katie, 25, muncul perenang wanita paling berjaya di kejohanan dunia dengan 19 pingat keseluruhan. Hanya dua perenang lelaki yang juga rakan senegaranya, Michael Phelps (26 ) and Ryan Lochte (18) meraih lebih banyak emas daripadanya.

Katie memanfaatkan peluang ketiadaan juara dunia dan Olimpik, Ariarne Titmus dari Australia dengan catatan tiga minit 58.15 saat, mengatasi perenang berusia 15 tahun dari Kanada, Summer McIntosh manakala seorang lagi perenang AS Leah Smith keempat, hampir empat saat di belakang Katie.

"Saya rasa sangat bagus. Ini catatan terbaik saya di kejohanan dunia, jadi saya sangat gembira."

Ariarne yang mencipta rekod dunia 3:56.40 di kejohanan kebangsaan negaranya bulan lalu tidak beraksi bagi menumpukan persiapan menghadapi Sukan Komanwel di Birmingham bulan depan.

Kejohanan dunia yang sepatutnya berlangsung di Fukuoka, Jepun dipindahkan ke ibu kota Hungary itu susulan kebimbangan jangkitan Covid-19 dan akan tamat 3 Julai depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 7:53 AM