THOMAS memegang trofi selepas muncul juara keseluruhan Tour Switzerland sebentar tadi. FOTO EPA
THOMAS memegang trofi selepas muncul juara keseluruhan Tour Switzerland sebentar tadi. FOTO EPA
AFP

Vaduz: Juara Tour de France 2018, Geraint Thomas muncul juara keseluruhan Tour Switzerland selepas tamat saingan peringkat kelapan sebentar tadi.

Pelumba kelahiran Wales itu mengesahkan kejayaannya selepas berakhir saingan ujian masa sejauh 25.6 kilometer di Liechtenstein, yang dimenangi wakil Quick-Step, Remco Evenepoel.

Thomas yang juga pakar ujian masa, menamatkan perlumbaan di tempat kedua tiga saat di belakang Evenepoel dan berjaya merampas jersi kuning dari pendahulu sebelum ini, Sergio Higuita.

Perlumbaan kali ini dihimpit dengan jangkitan Covid-19 menyaksikan kira-kira 40 pelumba daripada 79 yang mengambil bahagian menarik diri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 11:09 PM