EVENEPOEL (kiri) berjaya muncul juara dalam saingan Klasik San Sebastian. FOTO Agensi
EVENEPOEL (kiri) berjaya muncul juara dalam saingan Klasik San Sebastian. FOTO Agensi
AFP

Paris: Remco Evenepoel mengatasi Pello Bilbao pada hari Sabtu untuk memenangi perlumbaan klasik San Sebastian buat kali ketiga.

Pelumba Belgium berusia 23 tahun itu, memanaskan badan untuk mempertahankan kejuaraan dunia perlumbaan lebuh raya di Glasgow pada 11 Ogos ini dengan menyamai rekod kemenangan terbanyak dalam perlumbaan yang dipegang oleh jaguh tuan rumah, Marino Lejarreta.

"Ia sangat bagus untuk mental dan motivasi bagi memulakan bahagian kedua musim ini dan pergi ke Glasgow minggu depan," kata Evenepoel.

Evenepoel bermula sebagai pelumba pilihan dan masih berjaya melarikan diri.

Perlumbaan sejauh 230 kilometer (km) itu menyaksikan hanya bintang tempatan, Bilbao yang mampu memberi tentangan.

Evenpoel mengatasi wakil tuan rumag itu dalam pecutan untuk menuju ke garisan penamat.

"Saya agak terkejut dengan pecutan saya kerana Pello adalah salah seorang pendaki terpantas dalam kumpulan itu tetapi saya fikir saya masih mempunyai kekuatan kaki yang sangat baik," kata Evenepoel.

Aleksandr Vlasov dari Rusia menduduki tempat ketiga, 28 saat di belakang pemenang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2023 @ 11:23 AM