MARIYA melepasi palang dalam acara lompat tinggi di Doha. - FOTO  Reuters
MARIYA melepasi palang dalam acara lompat tinggi di Doha. - FOTO Reuters
AFP

MARIYA Lasitskene melengkapkan kejuaraan hatrik acara lompat tinggi Kejohanan Dunia di Doha, awal pagi tadi.

Pelompat tinggi berusia 26 tahun itu seorang daripada 30 atlet Rusia yang dibenarkan bertanding di Doha meraih emas mengatasi atlet Ukraine, Yaroslava Mahuchikh.

Mariya, juara 2015 dan 2017 mengesahkan kejayaan selepas melepasi catatan 2.04m dan mengatasi Yaroslava menerusi kiraan semula.

Vashti Cunningham dari Amerika Syarikat meraih gangsa.

"Hari ini saya berjuang dalam setiap lompatan,” kata Mariya.

"Seperti kisah dongeng meraih gelaran dunia ketiga. Negara saya mengharapkan saya menaiki podium dan saya perlu tangani tekanan itu.”

Kemenangan itu satu lagi pencapaian hebat dalam karier Mariya yang mendominasi acara lompat tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mariya dilarang menyertai Olimpik 2016 selepas Rusia diharamkan menyertainya susulan skandal doping negara itu.

Tetapi dia dibenarkan bertanding sebagai atlet neutral, status diberikan kepada atlet yang tidak diragui oleh Persatuan Persekutuan Atlet Antarabangsa (IAAF).

Mariya kini memburu emas pertamanya di Olimpik Tokyo tahun hadapan dan dijangka bertanding sebagai atlet neutral sekali lagi jika hukuman ke atas Rusia masih kekal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 8:16 AM