BARISAN penerjun negara dari kiri Tze Liang, Dhabitah dan Yi Wei menghadiahkan emas pada hari pertama Sukan Sea Hanoi. -FOTO Bernama
BARISAN penerjun negara dari kiri Tze Liang, Dhabitah dan Yi Wei menghadiahkan emas pada hari pertama Sukan Sea Hanoi. -FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Sasaran untuk sapu bersih lapan pingat emas dalam acara terjun mampu direalisasikan berdasarkan kejayaan atlet negara meraih keputusan positif pada hari pertama dipertandingkan di Sukan Sea Hanoi di Vietnam.

Pengurus pasukan Datuk Leong Mun Yee berkata, kejayaan atlet terjun wanita elit negara Nur Dhabitah Sabri meraih emas dalam acara acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita manakala dan Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei dalam acara 3 m papan anjal seirama lelaki memberi petanda bahawa lebih banyak kejayaan akan dikecapi oleh pasukan negara kelak.

Beliau berkata, walaupun rata-rata penerjun negara tidak menyertai kejohanan kompetitif dalam tempoh yang lama namun mereka masih lagi berbisa untuk meraih membawa pulang kejayaan buat Malaysia.

"Dua emas pada hari pertama acara terjun dipertandingkan sememangnya menjadi sasaran kita dalam usaha memastikan lapan emas di bawa pulang kelak.

"Walaupun dilihat tidak menghadapi masalah untuk mencapai sasaran itu namun penerjun negara perlu lebih berhati-hati dan elak melakukan kesilapan," katanya.

Mengikut rekod, Dhabitah menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia selepas mengungguli saingan final acara 1 m papan anjal wanita sebelum gandingan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang menggandakan kegembiraan menerusi pingat emas acara 3m papan anjal seirama lelaki.

Selain itu, Kimberly Bong pula mencipta kejutan merangkul perak untuk mengiringi Nur Dhabitah di podium.

Seramai 11 penerjun mewakili skuad kali ini yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita.

Pada edisi 2019 di Filipina, skuad terjun meraih empat emas dan dua perak sekali gus mempertahankan gelaran juara keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 2:01 PM