Chris Froome
Chris Froome
Agensi

London: Juara empat kali Tour de France (TdF), Chris Froome menerima tamparan apabila persiapan musim 2022 terganggu dengan kecederaan lutut.

Froome, 36, mendedahkan dia mengalami kecederaan lutut yang dipercayai berlaku kerana terlalu kuat berlatih ketika latihan pramusim.

Pelumba pasukan Israel Start-Up Nation terpaksa berehat seminggu sebelum kembali menyertai perlumbaan.

"Saya tidak pasti di mana saya akan mula berlumba musim ini," katanya.

"Kecederaan ini pastinya menangguhkan penyertaan pada perlumbaan dengan lebih awal."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 10:57 PM