Mark Cavendish. FOTO Agensi
Mark Cavendish. FOTO Agensi
Agensi

London: Mark Cavendish menjadi pelumba pertama mengesahkan penyertaannya di Jelajah Britain, tahun ini.

Jaguh pecut The Manz yang berusia 36 tahun itu menyamai rekod Eddy Merckx memenangi 34 kemenangan peringkat di Tour de France, bulan lalu.

Cavendish akan mengetuai pasukan Belgium, Deceuninck-Quick-Step apabila perlumbaan itu bermula di Cornwall pada 5 September.

"Ia sentiasa satu kebanggaan untuk berlumba di jalan kediaman dekat Jelajah Britain," kata Cavendish, yang akan bersaing buat kali ke-12.

Cavendish memenangi 10 peringkat di Jelajah Britain, memberitahu: "Ia adalah perlumbaan di mana saya sentiasa gembira dengan kejayaan dan saya tidak sabar untuk berlumba dengan seperti yang saya ketahui antara pasukan terkuat.

"Ia sudahpun menjadi tahun yang istimewa buat saya dan perlumbaan di Jelajah Britain pastinya hebat apabila dapat melihat terlalu ramai mereka yang menyokong saya sepanjang karier."

Tahun ini perlumbaan akan bermula di Cornwall pada 5 September dan termasuk ujian masa berpasukan di Carmarthenshire (peringkat tiga) penamat puncak pendakian dekat Great Orme, Llandudno (peringkat empat) dan laluan penamat buat pertama kali di Edinburgh (peringkat tujuh).

Juara 2021 akan ditabalkan di Aberdeen pada Ahad 12 September.

Perlumbaan tidak dijalankan tahun lalu kerana sekatan pandemik Covid-19. Pada 2019 saingan dimenangi pelumba dari Belanda, Mathieu van der Poel.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Ogos 2021 @ 10:29 AM