Kecederaan paksa Andy Murray tarik diri dalam acara perseorangan. FOTO Agensi
Kecederaan paksa Andy Murray tarik diri dalam acara perseorangan. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Juara bertahan, Andy Murray dari Britain terpaksa menarik diri daripada acara perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo selepas mengalami ketegangan paha.

Murray yang memenangi aksi pembukaan menentang Joe Salisbury semalam, dijadualkan berdepan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.

Pemain berusia 34 tahun itu masih akan bertanding dalam acara beregu namun dinasihatkan tidak bertanding dalam kedua-dua acara di Jepun.

Tempatnya dalam undian perseorangan digantikan dengan pemain Australia, Max Purcell.

"Saya sangat kecewa kerana terpaksa menarik diri malah staf perubatan menasihatkan saya supaya tidak beraksi dalam kedua-dua acara," kata Murray dalam satu kenyataan.

"Saya melakukan keputusan yang sukar untuk menarik diri dalam acara perseorangan dan tumpuan untuk beraksi dalam acara beregu bersama Joe Salisbury."

Murray memenangi pingat emas pertama di London 2012 dan mengekalkan kejuaraan empat tahun kemudian di Rio.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 6:57 PM