AKSI Jeremiah hari ini. FOTO FB Majlis Sukan Negara
AKSI Jeremiah hari ini. FOTO FB Majlis Sukan Negara
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Hasrat atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing untuk mencipta kejutan layak ke pusingan seterusnya gagal apabila sekadar meraih tempat ke-19 dalam saingan kumpulan pertama hari ini.

Jeremiah yang bertanding untuk acara individu all around di Sukan Olimpik Tokyo 2020 hanya mengutip keseluruhan 67.498 mata.

Atlet negara yang membuat kemunculan pertama di pentas Olimpik tiu mencatat 13.100 mata dalam senaman lantai dan 12.266 bagi aksi kekuda berpelana.

Dia kemudian mengutip 7.700 mata dalam gelang roman dan 12.466 mata untuk kategori melombol.

Saingan dalam palang sejajar menyaksikan atlet berusia 23 tahun itu mengutip 10.200 mata manakala aksi palang tunggal dia meraih 11.766 mata.

Hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all around yang akan berlangsung Rabu ini.

Saingan kelayakan kali ini dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan kedua dan ketiga dijadual turun beraksi pada petang dan malam ini.

Selain Jeremiah, seorang lagi gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dijadualkan untuk membuat penampilan sulungnya esok pada pusingan kelayakan all around wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 2:09 PM