IGA bersama trofi dimenanginya. FOTO AFP
IGA bersama trofi dimenanginya. FOTO AFP

Paris: Iga Swiatek dari Poland meneruskan penguasaan di Terbuka Perancis apabila menewaskan Jasmine Paolini 6-2, 6-1 dalam perlawanan akhir untuk memenangi gelaran Roland Garros kali ketiga berturut-turut.

Iga yang juga pemain nombor satu dunia, mendominasi perlawanan ke atas pemain pilihan ke-12 dari Itali, Paolini, yang tampil kali pertama di pentas final Grand Slam.

Iga memerlukan hanya 68 minit untuk memenangi gelaran keempat dalam lima tahun di Paris.

Dia kini sudah memenangi kesemua lima perlawanan akhir Grand Slam yang disertainya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2024 @ 12:49 AM