IGA berjaya mara ke separuh akhir di Terbuka Cincinnati. FOTO AFP
IGA berjaya mara ke separuh akhir di Terbuka Cincinnati. FOTO AFP
Reuters

Ohio: Iga Swiatek menewaskan pilihan ke-10 dari Republik Czech, Marketa Vondrousova 7-6(3), 6-1 untuk mara ke separuh akhir Terbuka Cincinnati, manakala Coco Gauff menumpaskan Jasmine Paolini dari Itali 6-3, 6-2 dan Aryna Sabalenka menang ke atas pilihan kelima Ons Jabeur 7-5, 6-3.

Pemain nombor satu dunia, Iga yang meningkatkan permainannya pada detik-detik penting, mematahkan servis juara Wimbledon itu sebanyak lima kali untuk melakar kemenangan dalam masa 91 minit, dalam pertembungan antara dua pemenang Grand Slam terakhir.

"Ia bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan pukulannya kerana dia seorang kidal," kata juara Terbuka Perancis itu.

"Dia benar-benar menggunakan kelebihan itu dan pengalamannya tetapi saya benar-benar berjuang untuk setiap pukulan, dan akhirnya inilah yang hasilnya."

Iga menggunakan kejohanan ini sebagai persediaan untuk mempertahankan kejuaraannya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dari 28 Ogos hingga 10 September depan.

"Saya cuba belajar daripada set pertama itu, dan pada set kedua saya tahu apa yang perlu dilakukan dan saya fikir itulah sebabnya ia adalah persembahan yang begitu baik," katanya.

Iga, yang menduduki tempat teratas dalam ranking dunia sejak April 2022, seterusnya akan menentang pilihan ketujuh dari AS, Coco namun kesemua tujuh pertemuan menyebelahinya.

Swiatek, who is using this event as a tune-up ahead of her title defense at the Aug. 28-Sept. 10 U.S. Open, credited the adjustments she made in between sets for her ability to make quick work of Vondrousova in the second frame.

"I tried to learn from that first set, and in the second set I knew exactly what to do and I think that's why it was such a good performance," Swiatek said.

Swiatek, who has occupied top spot in the world rankings since April 2022, will next face American seventh seed Gauff, whom she has beaten in all seven of their previous meetings, including twice this year.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2023 @ 12:55 PM