Muhammad Fadhil Mohd Zonis memenangi acara keirin pada Piala Negara-Negara UCI di Velodrom Hong Kong. FOTO AFP.
Muhammad Fadhil Mohd Zonis memenangi acara keirin pada Piala Negara-Negara UCI di Velodrom Hong Kong. FOTO AFP.

Kuala Lumpur : Pelumba basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis sekali lagi menaiki podium di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Velodrom Hong Kong, sebentar tadi apabila meraih pingat emas dalam acara keirin.

Fadhil, 24, meraih kejuaraan dengan menewaskan dua wakil dari Jepun, Yuta Wakimoto dan Yudai Nitta yang masing-masing melengkapkan podium di tempat kedua dan ketiga.

Rakan seperjuangan Fadhil, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri begitupun menamatkan saingan di tempat ke-11 manakala Muhammad Ridwan Sahrom tidak layak ke pusingan `repechage'.

Semalam, Fadhil meraih perak dalam acara 1 kilometer(km) ujian masa individu lelaki selepas mencatatkan masa satu minit 1.772 saat, ketinggalan 0.998s di belakang pemenang pingat emas dari Jerman, Felix Grob yang merekodkan masa 1:00.774s.

Fadhil yang memegang rekod kebangsaan dan rekod Asia dalam acara 1km ujian masa dengan catatan 1:00.305s pada Kejohanan Dunia di Berlin tahun lalu, akan bersaing pula dalam acara pecut esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 10:35 PM