Pemain tenis Switzerland, Stan Wawrinka menjalani proses pemulihan. FOTO AFP
Pemain tenis Switzerland, Stan Wawrinka menjalani proses pemulihan. FOTO AFP
AFP

Paris: Bekas pemain nombor tiga dunia, Stan Wawrinka menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan kaki kiri dan terpaksa menarik diri daripada beberapa siri kejohanan penting menjelang aksi Terbuka Perancis.

Pemain berusia 35 tahun itu, bakal terlepas saingan di Marbella, Monte Carlo dan Belgrade pada April ini.

Bagaimanapun, dia berharap dapat cergas sepenuhnya pada 23 Mei dengan bermulanya saingan Roland Garros, di mana dia menang yang kedua daripada tiga kejuaraan Grand Slam pada 2015.

"Selepas menghadapi beberapa masalah pada kaki kiri buat sementara, saya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kecil mengenainya. Semuanya berjalan lancar." menurut Wawrinka di Twitter.

"Saya akan berehat beberapa minggu, tapi tidak sabar untuk memulakan latihan tidak lama lagi."

Ketika ini Wawrinka berada di ranking 21 dunia, sebelum ini dia sudah menjalani dua pembedahan lutut kiri pada Ogos 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 10:17 AM