DJOKOVIC melalui perintah berkurung bersama keluarga di Marbella, Sepanyol. FOTO AFP
DJOKOVIC melalui perintah berkurung bersama keluarga di Marbella, Sepanyol. FOTO AFP
AFP

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mendermakan sebanyak 1 juta euro (RM4.7 juta) bagi membantu negaranya, Serbia untuk membeli alat bantuan penafasan dan kelengkapan lain untuk memerangi wabak Covid-19.

Dia bercakap mengenai perkara itu di sidang video dari Marbella, Sepanyol, lokasi bersama keluarganya yang melalui perintah berkurung.

“Sumbang kami adalah untuk membeli alat bantuan penafasan dan kelengkapan lain,” kata bintang tenis berkenaan.

Kebiasaannya Djokovic berada di Monaco, namun secara kebetulan terperangkap di Sepanyol sebelum perintah berkurung dilaksanakan.

Pemain berusia 32 tahun itu sentiasa berusaha untuk kekal dengan semangat positif dan menikmati saat bersama keluarga selepas kalendar saingan tenis dunia terpaksa dihentikan akibat pandemik berkenaan.

Kesemua saingan lelaki dan wanita kejohanan tenis jelajah dunia ditangguhkan sehingga 7 Jun dengan Terbuka Perancis ditunda dan Wimbledon bakal berdepan penangguhan atau batal.

“Saya tidak ingat bila meluangkan masa yang lama bersama keluarga sejak saya menjadi bapa,” kata Djokovic yang memberitahu dia banyak menghabiskan masa membaca buka mengenai sejarah Serbia.

Dia juga berterima kasih kepada China yang menghantar bantuan ubatan dan doktor ke Serbia, tatkala negara berkenaan sedang membantu Belgrade berdepan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 11:07 PM