IGA mempamerkan permainan mantap dalam perlawanan akhir di Adelaide. FOTO AFP
IGA mempamerkan permainan mantap dalam perlawanan akhir di Adelaide. FOTO AFP
AFP

Adelaide: Juara Terbuka Perancis, Iga Swiatek mengalahkan pemain nombor 12 dunia, Belinda Bencic straight set untuk muncul juara Kejohanan Antarabangsa Adelaide di Memorial Drive sebentar tadi.

Pemain berusia 19 tahun dari Poland itu berada pada tahap terbaik selepas mencatat kemenangan 6-2, 6-2 untuk merangkul kejuaraan kedua dalam kariernya.

Iga mengejutkan arena tenis di Roland Garros tahun lalu apabila dia merangkul kejuaraan Terbuka Perancis, selepas mengalahkan pemain nombor enam dunia Sofia Kenin dalam perlawanan akhir.

Dia bermula garang ketika berdepan Belinda dan tidak menoleh ke belakang, selepas mematahkan servis lawannya dua kali pada setiap set untuk merangkul kejuaraan dengan selesa.

Sebelum ini Iga terpaksa bertarung hampir tiga jam untuk mengetepikan Coco Gauff di separuh akhir semalam dan bermula garang pada aksi final hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 9:29 PM