GASQUET (kiri) berjaya meraih gelaran Terbuka Auckland. FOTO AFP
GASQUET (kiri) berjaya meraih gelaran Terbuka Auckland. FOTO AFP
Reuters

Adelaide: Pemain tenis Perancis, Richard Gasquet memenangi gelaran pertamanya dalam tempoh lima tahun dengan kemenangan 4-6, 6-4 6-4 ke atas wakil Britain, Cameron Norrie dalam perlawanan akhir Terbuka Auckland.

Pemain nombor 12 dunia Norrie, yang menewaskan juara bertahan di Melbourne Park, Rafa Nadal di Piala United, melonjak melalui set pembukaan pada acara pemanas badan Terbuka Australia itu sebelum Gasquet yang berusia 36 tahun pamer kebangkitan.

"Ia satu gelaran yang menakjubkan untuk saya, terutamanya pada usia saya sekarang," kata Gasquet dalam sidang akhbar.

"Saya benar-benar tidak menyangka saya akan menang lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 9:13 PM