Anthony Joshua (kanan) melakukan tumbukan kepada Kubrat Pulev pada pertarungan di Wembley Arena, London. FOTO AFP
Anthony Joshua (kanan) melakukan tumbukan kepada Kubrat Pulev pada pertarungan di Wembley Arena, London. FOTO AFP
AFP

London: Anthony Joshua berdepan potensi pertarungan membabitkan petinju Britain bagi merebut gelaran heavyweight dunia berdepan Tyson Fury selepas mengalahkan petinju Bulgaria, Kubrat Pulev menerusi knockout pusingan kesembilan di Wembley Arena, pagi ini.

Di hadapan 1,000 penonton yang dihadkan kerana Covid-19, Joshua memastikan kekalahan mengejut pada pertembungan pertama menentang Andy Ruiz Jr pada 2019, ketika petinju berusia 39 tahun, Pulev mudah diketepikan.

Pulev hanya pernah tewas sekali dalam kariernya kepada Wladimir Klitschko pada 2014, tetapi nyata bukan tandingan Joshua, yang boleh mencipta kemenangan dalam tempoh hanya tiga pusingan.

Dua kali Pulev diberikan kiraan oleh pengadil pada pusingan ketiga selepas diasak Joshua.

Juara dunia IBF, WBA dan WBO itu membuat kejutan dengan memperlahankan rentaknya bagi membolehkan Pulev terus bertarung.

Tetapi di pusingan kesembilan, tiga tumbukan pantas membuatkan Pulev rebah dan kali ini dia tidak mampu bangun mengikut masa ditetapkan ketika Joshua menambah rekod kariernya kepada 24-1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 9:05 AM