Joshua (kanan) dalam salah satu pertarungan heavyweight dunia. FOTO Agensi
Joshua (kanan) dalam salah satu pertarungan heavyweight dunia. FOTO Agensi
Agensi

London: Anthony Joshua berkata Stadium Wembley menjadi venue ideal apabila dia berdepan rakan senegara yang juga juara Britain, Tyson Fury dalam pertembungan heavyweight dunia.

Perjanjian membabitkan pertarungan antara kedua-dua petinju itu dipersetujui bulan lalu tetapi venue dan tarikh belum diumumkan secara rasmi.

Joshua berkata mencari lokasi yang sesuai ketika dunia berdepan ancaman pandemik Covid-19 menyebabkan ia sering tertangguh.

"Kami mahu peminat hadir di lokasi pertarungan. Hanya perlu mencari lokasi yang betul. Pada saya, Wembley cukup ideal," kata Joshua, 31, yang menewaskan Wladimir Klitschko di Wembley pada 2017 dan Alexander Povetkin pada tahun berikutnya.

Wakil petinju itu difahamkan turut mempertimbangkan permohonan penganjuran pertarungan itu dengan Arab Saudi menjadi pilihan utama.

Awal minggu ini, promoter Joshua, Eddie Hearn berkata: "Kami mempunyai tawaran yang cukup memuaskan hati kami. Tawaran yang dipersetujui oleh kedua-dua petinju."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 April 2021 @ 6:33 PM