AFP

CHILE, Argentina, Paraguay dan Uruguay akan mengemukakan permohonan membida bersama menganjurkan Piala Dunia pada 2030, umum Presiden Chile, Sebastian Pinera, di Santiago, Chile.

Argentina, Paraguay dan Uruguay sebelum ini sudah pun menyerahkan bidaan bagi menganjurkan kejohanan bersama edisi paling berprestij itu.

Bagaimanapun Pinera dalam kenyataan melalui akaun Twitternya berkata, presiden bagi ketiga-tiga negara berkenaan sudah pun bersetuju dengan penyertaan Chile bagi menjadi `calon bersama’ itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 9:46 AM