TONGGAK utama England, John Stones. FOTO Agensi
TONGGAK utama England, John Stones. FOTO Agensi
Agensi

Munich, Jerman: Tonggak utama England, John Stones akui lega kecederaannya semakin pulih dan dia enggan terlepas membantu negaranya di saingan Euro 2024 kali ini termasuk mahu beraksi dalam aksi pembukaan menentang Serbia, Isnin ini.

Stones yang beraksi buat Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris akui bimbang terlepas dariipada beraksi di Euro.

Ujarnya, dia mahu menjadi sebahagian daripada skuad The Three Lions di kejohanan terebsar Eropah itu dan tidak mahu kecederaan menganggu impiannya itu.

"Saya bimbang pada mulanya," kata pemain berusia 30 tahun itu yang turut boleh beraksi di bahagian tengah.

"Saya tahu ia bukan lutut atau buku lali saya, kerana mekanisme bagaimana saya mendarat. Saya hampir dapat merasai sesuatu yang patah di bahagian kaki.

"Anda fikir yang paling teruk pada mulanya dan kami mendapat beberapa imbasan semula dan [ia] perkara yang sangat kecil dan berjaya melaluinya, yang sangat bagus.

"Saya berasa lega. Saya tidak mahu ketinggalan dan mahu memastikan diri saya beraksi di Euro bersama England," katanya.

Sebelum ini, Stones mengalami kecederaan di kaki pada aksi pemanas badan menentang Iceland minggu lalu.

Susulan kecederaan itu, dia dikatakan mengalami patah kaki dan berisiko terlepas saingan Euro kali ini.

Begitupun, Stones dilihat sudah mula turun berlatih dan kemungkinan bakal memperkuatkan pasukan nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 10:33 AM