HAALAND meledak gol tunggal ketika bertemu Brentford. FOTO AFP
HAALAND meledak gol tunggal ketika bertemu Brentford. FOTO AFP
AFP

London: Dengan Liverpool akan menumpukan kepada aksi final Piala Liga menentang Chelsea, Ahad ini, seteru utama mereka mempunyai peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Manchester City berpeluang untuk hanya ketinggalan satu mata di belakang skuad bimbingan Jurgen Klopp jika mereka memenangi perlawanan di Bournemouth, manakala Arsenal mesti menewaskan Newcastle untuk terus bersaing merebut kejuaraan liga.

Manchester City tidak bimbang dengan prestasi Erling Haaland, menurut rakan karib penyerang Norway itu dan rakan sepasukannya, Oscar Bobb.

Selepas menjaringkan hanya satu gol daripada tujuh perlawanan sebelum ini, dua gol ketika menentang Everton, Haaland terus menutup mulut pengkritiknya dengan meledak gol kemenangan ketika menewaskan Brentford, Rabu lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu meleburkan kedegilan Brentford pada separuh masa kedua di Stadium Etihad dengan gol ke-22 dalam semua pertandingan musim ini.

Kemenangan itu membolehkan City kekal di belakang Liverpool dalam usaha mereka untuk memburu mahkota Liga Perdana keempat berturut-turut yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Untuk mencipta sejarah itu, bos City, Pep Guardiola pastinya memerlukan Haaland berada pada prestasi terbaiknya, tetapi ayam tambatannya itu dilihat tidak dapat beraksi dengan baik ketika seri 1-1 menentang Chelsea hujung minggu lalu.

"Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Apabila anda mempunyai kualiti, anda akan sentiasa mencapai sasaran anda.

"Selagi dia berada dalam situasi itu, jika dia gagal beraksi dengan baik beberapa perlawanan, tidak mungkin untuknya terus beraksi hambar," kata Bobb menjelang kunjunangan ke Bournemouth.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2024 @ 10:03 AM