HAALAND jaring 51 gol bersama City.
HAALAND jaring 51 gol bersama City.
Reuters

London: Penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland dipilih Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) manakala pemain Chelsea, Sam Kerr memenangi anugerah wanita, menurut pengumuman hari ini.

Haaland yang juga pemain antarabangsa Norway meledak 51 gol dalam semua kejohanan musim ini memperoleh 72% undia -- jumlah terbesar sejak Liga Perdana bermula.

Pemain Arsenal Bukayo Saka di tempat kedua disusuli rakan sepasukan Martin Odegaard.

Dalam kategori wanita, pemain antarabangsa Australia Sam muncul pemain pertama menang anugerah dua kali berturut-turut diikuti pemain Aston Villa Rachel Daly di tempat kedua manakala seorang lagi pemain Chelsea Lauren James mendapat undian ketiga terbanyak.

Haaland dan Sam akan menerima anugerah mereka dalam satu majlis pada 25 Mei.

City kini menduduki tangga teratas Liga Perdana dengan kelebihan satu mata dengan berbaki empat perlawanan manakala kelab Sam, Chelsea kedua dalam carta Liga Super Wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 8:19 PM