AKSI Chilwell diasak pemain Belgium Dodi Lukebakio. FOTO Reuters
AKSI Chilwell diasak pemain Belgium Dodi Lukebakio. FOTO Reuters
Reuters

London: Pertahanan Chelsea Ben Chilwell terlepas sesi latihan akibat kecederaan kaki selepas kembali daripada tugasan antarabangsa, menurut pengurus Mauricio Pochettino.

Chilwell tampil dalam kesebelasan England ketika tewas 0-1 kepada Brazil Ahad lalu dan seri 2-2 dengan Belgium dalam aksi persahabatan yang juga penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan sejak kecederaan hamstring pada September menyebabkan dia tersisih lebih tiga bulan.

"Dia tidak berlatih semalam, jadi kami perlu menilainya semula menjelang aksi esok," kata Pochettino kepada wartawan menjelang perlawanan menentang Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri.

"Saya terkejut dia beraksi dua perlawanan Englang dan sekarang dia tercedera tetapi kami perlu pastikan dia benar-benar bersedia untuk aksi kelab."

Chilwell turut mengalami kecederaan lutut awal bulan ini dan tidak beraksi untuk Chelsea sejak seri 2-2 di Brentford pada 2 Mac.

Chelsea yang sembilan tonggaknya mengalami kecederan termasuk penyerang Christopher Nkunku dan kapten Reece James turut kehilangan pemain tengah Romeo Lavia akibat masalah hamstring.

Pengendali dari Argentina itu memberi amaran cabaran Burnley tidak boleh dipandang mudah walaupun lawan mereka itu bergelut di zon penyingkiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 8:40 AM