HEUNG Min mengetuai skuad Korea Selatan ke Piala Asia 2024. FOTO AFP
HEUNG Min mengetuai skuad Korea Selatan ke Piala Asia 2024. FOTO AFP
AFP

Seoul: Son Heung-min dari Tottenham Hotspur disenaraikan dalam skuad Piala Asia Korea Selatan ketika jurulatih, Jurgen Klinsmann berhasrat menamatkan kemarau kejuaraan benua selama 64 tahun negara itu.

Penyerang Wolves, Hwang Hee-chan, yang menjaringkan gol ke-10 Liga Perdana Inggeris musim ini menentang Brentford pagi tadi, juga antara 26 pemain pilihan Klinsmann untuk kejohanan itu, yang bermula di Qatar pada 12 Januari.

Heung Min akan mengetuai skuad yang menyenaraikan pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae dan pemain tengah Paris Saint-Germain berusia 22 tahun, Lee Kang-in.

Korea Selatan tidak pernah memenangi Piala Asia sejak 1960 dan Klinsmann tidak menjanjikan apa-apa tetapi gelaran itu sudah cukup baik buatnya.

Korea Selatan diundi dalam Kumpulan E dan akan menentang Malaysia, Jordan dan Bahrain pada pusingan pertama.

Mereka tewas 0-1 kepada juara, Qatar pada suku akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.​

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2023 @ 1:54 PM