SAIFUL (tengah) gembira dinaikkan pangkat bersama skuad senior Sri Pahang FC. FOTO FB MFL
SAIFUL (tengah) gembira dinaikkan pangkat bersama skuad senior Sri Pahang FC. FOTO FB MFL
Asrol Awang


Kuantan: Pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Mohamad Saiful Jamaluddin mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu berkata, ia sebagai membalas kepercayaan Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) yang menaikkan 'pangkat' ke skuad senior.

"Saya berterima kasih kepada kelab terutama ketua jurulatih (Fandi Ahmad) yang percaya dengan bakat saya dan saya akan mempamerkan prestasi terbaik buat skuad Tok Gajah.

"Saya akan berusaha merebut tempat dalam kesebelasan utama biarpun terpaksa bersaing dengan pemain lebih berpengalaman dan import.

"Kepercayaan itu meningkatkan motivasi dan pengalaman bersama skuad B-23 membantu untuk beraksi lebih baik bersama Sri Pahang," kata pemain tengah itu.

Semalam, SPFC mengumumkan Saiful menandatangani kontrak dua musim bersama Sri Pahang FC.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 7:48 PM