PEMAIN import baharu Sri Pahang FC, Rafael Silva dari Brazil. -FOTO Sri Pahang FC
PEMAIN import baharu Sri Pahang FC, Rafael Silva dari Brazil. -FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) menaruh kepercayaan kepada dua pemain import baharu dalam usaha membantu memperkasakan Sri Pahang beroleh kejayaan bermakna pada baki saingan Liga Malaysia (Liga M), khasnya Liga Super musim ini.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata Rafael Silva, 32 dari Brazil dan Kuvondik Ruziev, 28 dari Uzbekistan perlu segera membentuk persefahaman bersama rakan sepasukan.

"Mereka diharap dapat membentuk keserasian dan gandingan mantap terutama di bahagian serangan dan tengah.

"Kehadiran Rafael dan Ruziev juga diyakini dapat mengatasi masalah ketumpulan di bahagian serangan dan sokongan daripada bahagian tengah termasuk masalah kecederaan yang membabitkan pemain utama.

"Pengalaman yang dimiliki dua pemain ini juga diharap memberi kelebihan terutama kepada ketua jurulatih (Fandi Ahmad) mengatur taktikal dalam usaha mencatatkan kemenangan," katanya.

Mohammed Suffian berkata, kelab itu mengharapkan dua pemain import itu dapat beraksi apabila berdepan Selangor FC di Stadium darul Makmur, Ahad ini.

Katanya, ini kerana beberapa pemain berdepan masalah kecederaan dan ia sudah pasti memerlukan kesebelasan terbaik untuk menafikan lawan daripada membawa pulang mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2023 @ 6:55 PM