JOSUE tersenarai dalam kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Bahrain. FOTO IHSAN FAM
JOSUE tersenarai dalam kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Bahrain. FOTO IHSAN FAM
Firdaus Hashim


Doha: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama menjelang aksi getir berdepan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, hari ini.

Empat pemain disenaraikan termasuk penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue dengan Romel Morales direhatkan.

Malah, barisan pertahanan turut mengalami perubahan drastik selepas dibolosi empat gol ketika tumbang 0-4 di tangan Jordan pada aksi pertama Selasa lalu.

Pan-gon mempertaruhkan Dominic Tan dan Shahrul Saad untuk digandingkan bersama Dion Cools, Corbin Ong dan Matthew Davies.

Sementara dua pemain sayap lincah iaitu Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim terus diberi kepercayaan manakala Stuart Wilkin dan Syamer Kutty Abba akan membantu di bahagian tengah.

Tiga mata diburu bagi membuka kembali peluang Malaysia selepas tumbang sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 10:01 PM