BRENDAN membarisi kesebelasan utama bertemu Korea Selatan, hari ini. FOTO IHSAN FAM
BRENDAN membarisi kesebelasan utama bertemu Korea Selatan, hari ini. FOTO IHSAN FAM
Firdaus Hashim melaporkan dari Doha dan Qatar


Doha: Penantian Brendan Gan untuk membuat kemunculan di Piala Asia tercapai apabila namanya berada dalam senarai kesebelasan utama skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub, di sini, hari ini.

Menerusi senarai kesebelasan utama yang dikeluarkan, pengendali negara Kim Pan-gon membuat beberapa pertukaran berbanding skuad yang menentang Bahrain sebelum ini.

Paling mencuri tumpuan kehadiran Brendan Gan yang akan memperkuatkan bahagian tengah bersama Stuart Wilkin.

Pan-gon juga menyenaraikan Daniel Ting bagi menggantikan Matthew Davies yang difahamkan mengalami kecederaan ringan selepas aksi dengan Bahrain.

Selebihnya adalah muka sama dengan Syihan Hazmi terus diberi kepercayaan mengawal gawang negara, serta gandingan pertahanan Dion Cools, Dominic Tan, Shahrul Saad dan Corbin Ong di bahagian bawah.

Manakala Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Darren Lok membentuk trio serangan di jentera depan.

Sementara itu, Korea Selatan mempertaruhkan skuad terkuat termasuk menurunkan pemain bertaraf bintang dunia, Son Heung-min bagi merobek benteng negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 6:29 PM